Mengimbau kembali zaman persekolahan, teringat nostalgia silam semasa zaman persekolahan. Bila balik kampung, lalu depan sekolah...teringat cerita-cerita lama....
Wednesday, December 9, 2009
Sunday, December 6, 2009
Perjumpaan semula tak rasmi
Gembira juga hari tu dapat jumpa semula dengan teman-teman lama. Thanks to Shima kerana sudi menjemput kitaorang kerumah tempohari.....alangkah baiknya kalau dapat semua teman-teman persekolahan dapat berkumpul tentu banyak cerita yang hendak di bualkan....mungkin aku terlepas re-union korang tahun-tahun yang lalu atas sebab tugas... harapnya pada tahun mendatang...aku tak terlepas lagi....
Teman-teman
Sedar tak sedar dah 20 tahun kita semua tak berjumpa semenjak hari terakhir kita meninggalkan bangku sekolah, Masing-masing membawa haluan hidup masing-masing mencari rezeki dan berkeluarga. Sedih juga bila mengenangkan ada diantara rakan-rakan kita yang telah pergi terlebih dahulu dari kita. AL Fatihah hanya yang boleh aku sedekahkan. Mana teman-teman yang masih berhubung dengan rakan-rakan yang lain marilah kita sama-sama mengeratkan semula persahabatan yang telah terputus selama lebih 20 tahun. Harapan aku dengan adanya blog ini kita dapat bercerita, sepertimana rapatnya kita pada zaman persekolahan dulu....
Subscribe to:
Comments (Atom)
